SPRM serbu pejabat MBSA, dakwa pegawai 'telan' jutaan ringgit tapi projek banjir tak siap?

Sinar Harian melaporkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah melakukan serbuan ke Ibu Pejabat Majlis Bandaraya Shah Alam pada Isnin.

Ia selepas mendapati beberapa pegawainya ada kaitan dengan projek tebatan banjir mega bernilai ratusan juta ringgit.

SPRM serbu pejabat MBSA kes projek tebatan banjir

 

SPRM serbu pejabat MBSA?

Menurut pengarah SPRM Selangor, Datuk Alias Salim mengesahkan pihaknya menyiasat kes berkenaan mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009.

Sumber memberitahu, pegawai yang ditahan merupakan jurutera dan pembantu jurutera pihak berkuasa tempatan (PBT) berkenaan dan kesemua mereka pula dipercayai kroni pihak tertenu bagi mendapatkan projek.

Dalam serbuan itu, beberapa dokumen syarikat yang dikemukakan kepada MBSA untuk mendapatkan tawaran kerja-kerja berkaitan turut dirampas SPRM.

Laporan menyebut, tiga individu ditahan reman tujuh hari termasuk seorang kontraktor bagi membantu siasatan.

New Pahang MACC director to focus on logging, mining activities

 

Trauma penduduk Shah Alam

Mengimbau kembali musibah banjir yang menimpa penduduk sekitar Shah Alam Disember tahun lalu, dilaporkan seramai 25 nyawa telah terkorban.

Malah, juga berdepan dengan kerugian bernilai RM1.4 bilion apabila harta benda musnah.

Jika benar ada anggota PBT terlibat, maka mereka telah memperjudikan nyawa dan keselamatan orang lain  untuk poket sendiri.

Tiga mangsa banjir lemas ditemukan di Taman Sri Muda | Sinar Harian

Tiada bekalan elektrik punca pintu air di Taman Sri Muda tidak berfungsi  dengan baik - Utusan Malaysia

 

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen