Sudah terang dan jelas papan tanda menunjukkan kawasan tersebut dikhaskan untuk motosikal, namun masih ada individu mencuba nasib meletakkan kereta di situ.
Pemandu buntu tak boleh keluar
Disebabkan sikapnya, dia akhirnya berdepan masalah untuk keluar daripada kawasan berkenaan apabila keretanya dikepung oleh sekumpulan geng 'rider'.
@aapippp Melawan hukum ni🤣 abam grab auto block😂😂 parking grab kena rembat✅🤣
♬ Funny noise - Sound Effect
Lebih menghiburkan, kesemua pemilik motosikal tiada di situ kerana masing-masing sedang menunggu pesanan di dalam bangunan pusat beli belah.
Bunyi hon pun tak 'jalan'
Menurut orang awam yang berada di tempat kejadian, pemilik Honda itu beberapa kali membunyikan hon dengan harapan geng 'rider' segera mengalihkan motosikalnya.
Namun, usahanya berbuat demikian cuma bertemu dengan kegagalan apabila tiada seorang pun datang membantunya.
"Eloklah kena block dari towing"
Menjengah ke ruangan komen, ramai berpuas hati dengan kesepakatan geng 'rider' berbuat demikian kerana menurut mereka itu cara terbaik 'mendidik' individu tak beradab.
Tinggalkan Komen