Sewa tapak cecah RM1.2K, penjual kecewa lihat suasana Karnival Usahawan Perak

Majoriti peniaga yang menyewa tapak di Karnival Makanan Usahawan Perak 2022 meluahkan rasa tidak puas hati apabila bayaran yang dikenakan tidak setanding tempat berlangsungnya program berkenaan.

 

Tapak niaga tak semenggah

Menerusi video yang dimuat naik Asrii Kamarudin, menyaksikan suasana sekitar tapak perniagaan yang berpasir dan berlopak seperti padang jarak padang terkukur.

 

 

Pihak penganjur hanya menyediakan meja yang tidak dialas bersama dengan kerusi.

Langsung tidak menarik perhatian orang ramai sehingga menyebabkan rata-ratanya mengalami kerugian bilamana hasil jualan mereka tidak memperoleh pulangan modal kerana tiada sambutan.

 

Peniaga tak boleh 'bersuara'?

Dedah pemilik akaun yang juga merupakan mangsa keadaan, kesemua peniaga yang berada di dalam 'group Whatsapp' tidak berpeluang untuk 'bersuara'.

Demikian kerana hanya 'admin' kumpulan itu sahaja diberi kebenaran untuk menghantar sebarang pesanan dan maklumat sewaktu program berlangsung.

Masuk percuma hanya helah

Paling tak masuk akal apabila melihat cara penganjur menguar-warkan karnival tersebut kepada orang ramai dengan memaklumkan bahawa kemasukan adalah percuma.

Namun, ramai tidak tahu sebenarnya 'parking' memasuki kawasan karnival perlu bayaran sejumlah RM10 untuk sekali masuk.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen