Perlis laksana solat jenazah ghaib untuk almarhum Shiekh Yusuf al-Qardhawi

Berita pemergian ulama tersohor dunia, Sheikh Yusuf Dr Abdullah al-Qardawi pada Isnin benar-benar meninggalkan rasa duka kepada umat Islam ketika ini.

 

Perlis laksana solat jenazah ghaib

Memetik laporan Harian Metro, negeri Perlis akan melaksanakan solat jenazah ghaib susulan pemergian Yusuf al-Qardhawi di seluruh masjid di negeri itu selepas Zohor, esok.

Perkara itu dimaklumkan oleh Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail menerusi Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail.

"Memandangkan solat jenazah ke atas Rahimahullah dimaklumkan akan dilaksanakan pada waktu Asar di Qatar, pada hari ini, maka pelaksanaan solat jenazah ghaib ke atas Rahimahullah di masjid seluruh Perlis adalah diselaraskan sejurus selepas solat Zuhur esok iaitu pada Rabu bersamaan 28 September,"

Berita pemergian mengejutkan umat Islam

Semalam, rakyat Malaysia dikejutkan dengan satu perkhabaran duka yang memaklumkan ulama tersohor itu telah menghembuskan nafas terakhirnya di usia 96 tahun.

Berita pemergian itu diumumkan oleh Kesatuan Ulama Islam Sedunia (IUMS) dan turut disahkan anak lelakinya, Abdul Rahman menerusi akaun media sosial miliknya.

 

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen