Pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung dilaporkan akan menjadi saksi terhadap kes perbicaraan terhadap pertuduhan gangguan seksual yang mengaitkan pendakwah terkenal, Ustaz Ebit Lew.
Firdaus Wong jadi saksi kes Ebit Lew
Beliau menerusi satu hantaran terbaharu meminta orang ramai mendoakannya agar keadilan dapat ditegakkan dan kebenaran dapat dibongkar tidak lama lagi.
Turut bersama dengannya adalah seorang pakar motivasi, Akhi Fairuz Al-Jengkawiyang juga akan menjadi saksi pendakwa raya dalam kes tersebut.
Berdepan 11 pertuduhan kes gangguan seksual
Untuk makluman, hari ini Ustaz Ebit Lew atau nama sebenarnya Ebit Irawan Ibrahim akan dibicarakan di Mahkamah Majistret Tenom.
Menurut laporan, Ebit Lew berdepan 11 pertuduhan membabitkan kes gangguan seksual.
Semua kesalahan itu didakwa berlaku ke atas seorang wanita Melayu di daerah Tenom antara Mac hingga Jun 2021.
Tinggalkan Komen