Peguam Ebit Lew bantah jawapan saksi, tak boleh terima alasan takut buat laporan

Hari pertama perbicaraan kes membabitkan pendakwah terkenal Ebit Lew, saksi pendakwaan pertama memberitahu bahawa pihaknya telah menerima banyak laporan berhubung kes tersebut.

Itu termasuk yang dilakukan oleh tertuduh iaitu Ebit Lew atau nama sebenarnya Ebit Irawan Ibrahim Lew.

 

Terima banyak aduan

Menurut saksi, Mohd Fairuz Abu, dia sebelum ini menerima puluhan mesej menerusi aplikasi Whatsapp daripada individu yang mengadu menjadi mangsa gangguan seksual.

"Salah seorang individu yang hubungi saya adalah 'pengadu' (identiti tidak didedahkan atas arahan mahkamah) pada jam 11.04 malam 26 Julai 2021...ada juga mangsa lain yang mengadu menjadi mangsa gangguan seksual Ebit Lew, tetapi mereka tidak meletakkan nama mereka kerana takut dan tidak berani tampil ke depan.

"Pada awalnya 'pengadu' (identiti tidak didedahkan) bertanya siapa individu yang saya maksudkan dalam 'posting' (di Facebook).

"Bila saya menyebut berkaitan Ebit Lew, maka pengadu terus berkongsi tangkap layar perbualan Ebit Lew dengan beliau, juga menghantar gambar kemaluan yang diberikan oleh Ebit Lew melalui WhatsApp,"

-Fairuz Abu-

Pengadu takut buat laporan

Fairuz berkata demikian ketika menjawab soalan Timbalan Pendakwa Raya Zahida Zakaria di hadapan Majistret Nur Asyraf Zolhani.

Selain itu, beliau turut memberitahu mahkamah berkenaan pengadu takut untuk untuk membuat laporan polis kerana menganggap dirinya 'orang kecil'.

"Saya katakan kepada 'pengadu' jika ruang dan peluang ini tidak digunakan untuk membuat laporan polis, maka bayangkan berapa ramai lagi yang akan diganggu secara seksual oleh Ebit Lew,"

Ebit Lew akan dibicara 11 pertuduhan gangguan seksual September ini - Kosmo  Digital

Peguam bantah jawapan saksi

Bagaimanapun, jawapan saksi dibantah peguam Ram Singh yang mewakili tertuduh kerana berpendapat jawapan 'bayangkan berapa ramai lagi yang akan diganggu oleh Ebit Lew' bersifat tuduhan yang tak mempunyai bukti.

"Jawapan itu tak boleh direkodkan kecuali dia ada bukti laporan polis."

-Ram Singh-

Ebit Lew 'orang besar', pengadu takut buat laporan, mahkamah diberitahu |  Free Malaysia Today (FMT)

Namun begitu, Zahida membalas bantahan Ram Singh dengan menyatakan apa yang dikatakan saksi adalah perbualan antara dia dengan pengadu.

Tambah Fairuz lagi, laporan polis akhirnya dibuat tertuduh dan dia sendiri juga dipanggil untuk memberi keterangan.

"Saya juga dipanggil untuk jadi saksi bagi diambil kenyataan oleh polis dan telefon (jenis) OnePlus saya juga telah diberikan kepada polis," 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen