Pengguna luah hairan cara kerja JKR, suka tutup laluan motor waktu kemuncak? -"Biasa dah ni..."

Tipulah kalau ada yang menafikan tidak tertekan apabila berdepan kesesakan lalu lintas, terutamanya di waktu kemuncak iaitu pada waktu pagi dan petang ketika masing-masing ingin pulang ke rumah.

Bengang jalan tutup waktu kemuncak

Namun, situasi itu bukan sahaja membabitkan pengguna kenderaan pacuan empat roda tetapi juga penunggang motosikal.

Malah, mereka lebih terdedah kepada bahaya apabila sering tertindas dengan kenderaan besar yang lain seperti kereta, lori mahupun kontena.

 

Justeru itu, mereka sedikit kecewa dengan sistem kerja pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) apabila pihaknya dikatakan gemar menutup laluan motosikal pada waktu petang di mana waktu semuanya baru hendak pulang dari tempat kerja.

Mungkin boleh berkompromi jika terdapat masalah lain seperti terowong ditakungi air atau laluan gelap kerana lampu rosak, namun adakah wajar jika ia kerap berlaku?

 

Risikokan diri nak ke laluan utama

Disebabkan penutupan laluan berkenaan, mereka terpaksa merisikokan diri  apabila semuanya berpusu keluar ke jalan besar yang mana pada waktu sama laluan tersebut juga merupakan susur keluar kenderaan dari laluan utama.

 

 

 

"Pemandu kereta pun stres!"

 

 

Bukan masalah terowong banjir

Pemilik akaun juga menafikan bahawa laluan terowong banjir tetapi adalah  disebabkan oleh kerja-kerja pembersihan yang dilakukan.

"Apalah tutup jalan..."

Disebabkan kejadian itu, rata-ratanya luah hairan dengan cara kerja  pihak terlibat yang dilihat seolah-olah susah untuk bertolak ansur.

"Buatlah waktu sesuai"

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen