Tipulah kalau ada yang menafikan tidak tertekan apabila berdepan kesesakan lalu lintas, terutamanya di waktu kemuncak iaitu pada waktu pagi dan petang ketika masing-masing ingin pulang ke rumah.
Bengang jalan tutup waktu kemuncak
Namun, situasi itu bukan sahaja membabitkan pengguna kenderaan pacuan empat roda tetapi juga penunggang motosikal.
Malah, mereka lebih terdedah kepada bahaya apabila sering tertindas dengan kenderaan besar yang lain seperti kereta, lori mahupun kontena.
Justeru itu, mereka sedikit kecewa dengan sistem kerja pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) apabila pihaknya dikatakan gemar menutup laluan motosikal pada waktu petang di mana waktu semuanya baru hendak pulang dari tempat kerja.
Mungkin boleh berkompromi jika terdapat masalah lain seperti terowong ditakungi air atau laluan gelap kerana lampu rosak, namun adakah wajar jika ia kerap berlaku?
Risikokan diri nak ke laluan utama
Disebabkan penutupan laluan berkenaan, mereka terpaksa merisikokan diri apabila semuanya berpusu keluar ke jalan besar yang mana pada waktu sama laluan tersebut juga merupakan susur keluar kenderaan dari laluan utama.
Ia jadi bahaya sebab 100m di hadapan ada laluan susur keluar dari Federal Highway ke NPE.
— Cikgu (@Aweeff) September 27, 2022
Pemandu kereta nak ke kiri, rider motor nak ke kanan. Kalau 2-3 riders ok lah, ini beribu² riders 😵💫.
Pemandu kereta pun boleh stress sebab mereka susah exit Federal! Gila wei! pic.twitter.com/tUMsc86Tzz
"Pemandu kereta pun stres!"
Bukan masalah terowong banjir
Pemilik akaun juga menafikan bahawa laluan terowong banjir tetapi adalah disebabkan oleh kerja-kerja pembersihan yang dilakukan.
"Apalah tutup jalan..."
Disebabkan kejadian itu, rata-ratanya luah hairan dengan cara kerja pihak terlibat yang dilihat seolah-olah susah untuk bertolak ansur.
"Buatlah waktu sesuai"
Tinggalkan Komen