Gara2 berebut kerusi, lelaki Singapura 'perang mulut' dengan pemuda Malaysia . -"Jangan datang sini!"

Kemudahan awam yang disediakan kepada orang ramai sememangnya perlu dikongsi bersama.

Namun, terdapat kelebihan kepada tiga golongan seperti warga emas, orang kelainan upaya (OKU) serta wanita hamil, bilamana mereka akan diberi keutamaan dengan adanya kemudahan khas.

 

Bergaduh, rebut kerusi dalam MRT

Justeru itu, bertolak ansur lah dalam apa jua situasi serta menghomarti keperluan orang lain agar tidak berlakunya insiden sepertimana yang menimpa dua orang lelaki ini.

 

@w4yne3

 

♬ original sound - w4yn3

 

Dalam perkongsian w4yn3, menyaksikan satu kejadian apabila seorang pemuda 'berperang mulut' dengan seorang lelaki lanjut usia di dalam MRT.

"Jangan datang sini!"

Menurut sumber, punca kejadian adalah disebabkan pemuda berkenaan duduk di tempat yang dikhaskan kepada warga emas.

Walau bagaimanapun, situasi makin tegang apabila pemuda berbangsa Cina itu enggan mengalah sehingga dia diminta untuk pulang ke negara asalnya, Malaysia dan China.

"Jangan datang sini untuk mendapatkan dolar Singapura, balik ke negara anda."

"Kalau tak ada orang, biarlah..."

Menjengah ke ruangan komen, kelihatannya ramai yang memihak kepada pemuda terbabit bilamana rata-ratanya beranggapan tiada isu perlu berbangkit.

 

"Stres betul..."

"Pak cik pun dah duduk kan"

Itu kerana kedua-duanya juga sudah mendapat tempat duduk masing-masing, walaupun tidak  mengikut garis panduan yang disediakan pihak pengurusan MRT.

"Suka cari masalah"

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen