Minta tunggu kejap sebab ada kecemasan, netizen puji tuan kedai tepati janji abam ambulans

Kekangan waktu bekerja membuatkan segelintir pihak terikat dengan tugasnya, lebih-lebih lagi bagi yang berkhidmat sebagai petugas di barisan hadapan yang memerlukan mereka sentiasa bersedia dengan sebarangan kemungkinan insiden yang akan berlaku.

 

Tak sempat jamah sebab ada kecemasan

Misalnya sepertimana yang berlaku kepada dua lelaki ini yang mana gelagatnya ada dirakam oleh Muhammad Nasrizal Zamani menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di kedainya.

 

@nasrizalzamani92 Demi tugas#fyp #abangambulans #999 ♬ Sudah Tak Cinta - Busking Version - Darulaman Buskers & Shaa

 

Dalam video tersebut, kelihatan dua rakan tersebut bangun ketika makanan yang dipesan sudah sampai ke meja mereka, rupanya perlu bergegas kerana telah menerima panggilan kecemasan.

Sanggup tunggu sampai siap bertugas

Namun, apa yang menjadi perhatian dan bualan netizen apabila pemilik kedai itu tepati janjinya untuk menunggu dua rakan tersebut sehingga tugasnya selesai.

Menerusi video sama, kelihatan kedua-duanya sedang menikmati hidangannya di dalam ruanga kedai memandangkan waktu sebenar operasi premis berkenaan telahpun tamat .

 "Terselit pahala untuk tuan kedai"

Hantaran itu sekaligus dihujani pelbagai respon yang rata-ratanya memuji sikap tolak ansur pemilik kedai dan mendoakan agar perniagaannya memperoleh keuntungan berganda selepas ini.

"Tuan kedai memahami"

"Murah rezeki selalu"

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen