Meskipun berbeza bangsa, namun siapa sangka kesemua kakitangan sekolah ini keluar memberi penghormatan terakhir kepada mendiang seorang guru Cina.
Warga sekolah beri penghormatan akhir
Suasana hiba itu dapat dilihat dalam perkongsian Fiza Luv yang juga merupakan seorang guru di sekolah berkenaan yang dipercayai di sekolah menengah St Gabriel.
@fiza_luv 😢RIP Liew
♬ original sound - Kakpikah - Tiyascarves
Dalam sorotan itu, kesemua pelajar dan barisan guru berdiri di seberang jalan sambil tabik hormat sehingga kenderaan yang membawa mendiang hilang dari pandangan mereka.
Guru saling berpelukan undang sebak
Lebih menyentuh hati, kelihatan dua orang guru menangis teresak-esak sambil berpelukan tidak lama selepas kenderaan tersebut berlalu.
"Mesti mendiang sangat baik"
Situasi itu secara tak langsung telah memberi bayangan kepada netizen bahawa guru tersebut pastinya seseorang yang mempunyai keperibadian yang luar biasa bukan sahaja terhadap pelajar, malah terhadap rakan setugas.
"Terasa betul auranya"
Menurut mereka, kehilangannya memberi kesan bukan sahaja kepada warga sekolah tetapi juga kepada mereka yang melihat video tersebut, walhal saling tidak mengenali.
"Tak kenal tapi ikut nangis"
Sumber mendapati, mendiang Puan Liew meninggal dunia disebabkan penyakit darah tinggi yang dialaminya.
Semoga mendiang bersemadi dengan tenang di sana, jasa dan bakti beliau pastinya terus tersemat dalam sanubari semua warga guru dan pelajar.
Tinggalkan Komen