Saksi dakwa ada laporan baru, minta Bukit Aman maklum perkara sebenar

Hari kedua perbicaraan kes gangguan seksual Ebit Lew, saksi pendakwaan iaitu Mohd Fairuz Abu dalam kenyataannya hari ini memberitahu bahawa ada satu lagi laporan diterima daripada mangsa.

"Saya telah jalankan apa termampu"

Mohd Fairuz berkata demikian pada sesi pemeriksaan balas terhadapnya oleh peguam, Ram Singh yang mewakili Ebit Lew.

Justeru, beliau meminta Bukit Aman untuk memberitahu perkembangan kes berkenaan.

"Saya rasa pihak polis yang perlu beritahu perkembangan kes berkenaan, lagipun saya telah membantu wanita ini dari segi menemani beliau ketika membuat laporan polis, menghubungkan beliau dengan peguam MRM (Multiracial Reverted Muslims).

"Saya telah menjalankan apa yang termampu oleh saya,"

 

Cadang laporan dibuat di Tenom

Malah, beliau juga tahu di mana tempat dan tarikh mangsa membuat laporan itu yang menurutnya berlaku pada 26 Julai 2021.

Selain itu, Mohd Fairus turut mengakui ada mencadangkan kepada mangsa untuk membuat laporan polis di Sabah iaitu balai polis di Tenom.

"Tetapi kos berkenaan ditanggung oleh MRM, bukan saja kes seperti ini bahkan kes-kes yang lain juga yang dikendalikan MRM,"

 

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen