Seorang suami meluahkan rasa hairan apabila isteri memberitahu bahawa sebuah 'carwash' yang diperginya mengenakan caj cucian hingga mencecah RM35.
Walhal, isterinya tiada meminta sebarang servis tambahan seperti 'wax' atau sabun yang mahal.
Suami 'serbu' carwash kelentong bini
Dalam hantaran lain, dia bernama Amsyar Misran memaklumkan bahawa telah pergi semula ke 'carwash' berkenaan untuk bertanya harga sebenar servis cucian di situ.
Menurut pekerja di situ, caj servis yang dikenakan hanya RM10 merangkumi cucian bahagian luar dan dalam untuk semua jenis kereta termasuk MPV.
Semua jenis kereta RM10 je
Mendengar jawapannya, Amsyar bertanya lagi sebab mereka mengenakan harga yang tak masuk akal kepada isterinya yang datang mencuci di situ tempoh hari.
"Bila saya tanya kenapa caj dekat isteri saya RM35, jawapan dia hanya cakap orang baru, tak tahu harga."
"Dan dia pulangkan baki RM25 dekat saya."
"Ramai yang kena"
Susulan pendedahan lelaki itu, ada juga pihak berkongsi cerita mereka yang dikatakan pernah 'terkena' sewaktu datang mencuci di situ.
"Bagus kuasa viral"
"Aku pernah basuh kat sini!"
Tinggalkan Komen