Bukan tutup, tapi kes wanita berihram rupanya dan sebulan selesai. -"Dia datang dengan ibu bapanya..."

Kenyataan yang dibuat oleh Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk), Datuk Mohd Yusop Husin mengejutkan ramai apabila beliau mengatakan bahawa kes wanita berihram di Mekah telah selesai sebulan lalu.

 

Beri kerjasama yang baik

Menurut Yusop, wanita berperwatakan lelaki (pengkid) itu telahpun tampil bersama ibu bapanya di Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) Perak Tengah dan melalui sesi kaunseling.

"Kes sudah selesai hampir sebulan lalu selepas pihak kita mengambil keterangan serta semua maklumat berkaitan dengan kehadiran bersama ibu serta bapanya. Alhamdulillah mereka berikan kerjasama amat baik.

"Wanita itu sudah selesai berikan kenyataannya kepada kita. Insya-Allah kita ada cara tersendiri bagaimana hendak menangani kes seumpama ini,"

Bertindak dengan cara tersendiri

Berkenaan tindakan susulan, Yusop berkata pihak JAIPk menggunakan kaedah tersendiri untuknya membabitkan sesi kaunseling.

"Tidak semestinya dalam kita mencegah sesuatu, ia perlu bersifat suatu hukuman, tangkap, apatah lagi mendera kerana ada kaedah lain yang boleh kita buat tambahan pula dia dan keluarganya berikan kerjasama sangat baik dengan datang sendiri kepada kita.

"Mudah-mudahan dia sedar kesilapan yang dilakukannya serta insaf. Pada saya jika dia tidak insaf dan rasa bersalah, dia takkan datang pun kepada kita sebaliknya mereka datang dengan sukarela,"

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen