"Macam bagi ayam makan..." - Netizen pertikai cara 'Sheikh' kongsi rezeki dengn jemaah

Perbuatan seorang lelaki berstatus Sheikh menerima pelbagai respon yang rata-ratanya mengecamnya kerana membaling duit pada jemaah di dalam masjid.

 

Lempar duit pada jemaah

Kejadian itu dapat dilihat dalam perkongsian Saiq Al Faqih apabila lelaki tersebut tiba-tiba bangun dan terus melempar duit dipegangnya kepada jemaah yang duduk di hadapannya.

Maka, mereka pun berebutlah mengambil duit tersebut sementara yang lain lebih memilih untuk duduk dan melihat.

 

@saiq.alfaqih_2705 HABIBKU 🤍🥰 #habib #habibrifkyalaydrus #habibbagirbinthohir #majelisrasulullahjawabarat #maulid #maulidnabi #sholawat #fypシ゚viral ♬ Habibi (Albanian Remix) - Ricky Rich & Dardan

 

Mungkin niatnya ingin berkongsi rezeki, namun caranya dilihat sangatlah biadap, malah di dalam Islam juga tidak mengejar umatnya bertindak sedemikian.

"Ikutlah sunnah"

Meninjau ke ruangan komen, ramai menegur lelaki berkenaan dengan memintanya menjaga adab serta gelaran Sheikh yang ada padanya supaya tidak menimbulkan fitnah.

"Kenapa bagi macam tu?"

"Adab lebih besar dari segalanya"

"Takut kecil hati tak dapat"

Pun begitu, ada yang beranggapan dia berbuat demikian  agar pembahagiannya adil kerana jika dihulur dengan tertib, pasti hanya jemaah di barisan hadapan yang dapat, bimbang jemaah di belakang kecil hati.

 

"Bersangka baiklah"

 

 

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen