Remaja berdepan hukuman gantung, didakwa b*nuh kekasih ajak berhubungan seks

Demi mempertahankan maruah dirinya, seorang gadis berusia 19 tahun berdepan hukuman mati selepas didakwa di Majistret Johor Bahru, hari ini.

 

Remaja didakwa bunuh kekasih

Memetik sumber Utusan, tertuduh, Sim Hui Ying didakwa atas pertuduhan membunuh teman lelakinya di sebuah hotel di Taman Mount Austin pada 20 September lalu.

Tertuduh mengangguk tanda faham selepas pertuduhan dibacakan dalam bahasa Mandarin di hadapan Majistret, R.Salini.

Walau bagaimanapun, tiada sebarang pertuduhan direkodkan daripada tertuduh.

Berdepan hukuman gantung

Sehubungan itu, Sim Hui Ying didakwa di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati, jika sabit kesalahan.

Mahkamah kemudian menetapkan 6 Disember ini sebagai tarikh sebutan semula kes bagi penyerahan laporan kimia dan bedah siasat.

Tolak diajak berhubungan seks

Terdahulu, Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat mengesahkan tertuduh  ditahan reman tujuh hari bermula 21 September.

Difahamkan, remaja berkenaan bertindak sedemikian kerana menentang kemahuan teman lelakinya itu untuk melakukan hubungan seks

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen