Bertindak atas arahan Bukit Aman, telefon bimbit saksi pertama kes Ebit Lew 'dirampas'

Hari ketiga perbicaraan kes gangguan seksual pendakwah terkenal, Ebit Lew, mahkamah diberitahu bahawa telefon bimbit milik saksi pertama kes iaitu Mohd Fairuz Abu dirampas selepas membuat tiga laporan polis.

 

Telefon bimbit saksi pertama dirampas

Perkara itu dimaklumkan Asisten Superitendan Salwani Mohd Hadzir selaku saksi kedua perbicaraan kes gangguan seksual di Mahkamah Majistret hari ini.

Menurut beliau, tiga laporan polis itu diklasifikasikan sebagai sulit dan beliau tidak mempunyai akses kepada laporan tersebut.

Walau bagaimanapun, beliau tidak pasti sekiranya Mohd Fairuz juga disiasat untuk ketiga-tiga laporan polis tersebut.

Ada kaitan dengan tiga laporan polis

Namun, beliau sedia maklum bahawa rampasan telefon bimbit Mohd Fairuz yang dilakukan di Ibu pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah berkaitan dengan Ebit Lew atau nama sebenarnya Ebit Irawan Ibrahim,

Menjawab pertanyaan peguam bela, Ram Singh dalam pemeriksaan balas, Salwani bersetuju dengan cadangan Ram bahawa sebuah telefon bimbit yang dirampas itu berkaitan dengan tiga laporan polis.

Bertindak atas arahan Bukit Aman

Salwani turut menerangkan kepada mahkamah bahawa segala tindakan yang dibuat adalah atas arahan Deputi Superitendan Noor Asyikin Shamsuri selaku pegawai penyiasat Bahagian Seksual Wanita & Kanak-Kanak, JSJ Bukit Aman.

Setelah merampas telefon bimbit milik Mohd.Fairuz pada 5 Oktober 2021, Salwani bertindak mengeluarkan kad prabayar di dalam telefon bimbit berkenaan sebelum menyerahkan barang rampasan kes tersebut kepada pegawai penyiasat pada 8 Oktober 2021.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen