Seorang lelaki berdepan detik mencemaskan apabila dia dipaksa oleh sekumpulan lelaki untuk mengikut mereka menaiki kereta Toyota Alphard berwarna putih.
Lelaki dipaksa masuk kereta
Kejadian itu turut disaksikan oleh orang awam kerana pergelutan berlaku di tengah jalan dan kedengaran suara lelaki tidak berbaju itu meminta tolong.
Tak pasti lokasi di mana....ada orang hantar kat insta Mynewshub....apa gila main angkut orang kat tengah jalan camtu....ingat negara takda undang-undang ke pic.twitter.com/ZlRREjNoRP
— MYNEWSHUB (@mynewshub) September 30, 2022
Tidak lama kemudian, turun lagi dua orang daripada kereta tersebut membantu rakannya 'mengangkut' lelaki yang enggan mengikut mereka.
Kejadian undang tanda tanya
Walau bagaimanapun, sumber tidak memaklumkan lebih terperinci punca kejadian serta lokasinya kerana pihaknya hanya menerima video sahaja daripada pengirim.
Tinggalkan Komen