Baru-baru ini, tular sebuah video menyaksikan seorang wanita berpurdah dan berjubah dikerumuni orang awam apabila dia didapati cuba terjun dari jambatan.
Walau bagaimanapun, cubaannya berbuat demikian gagal apabila terhalang dengan jubah yang dipakai sebelum segera dipegang orang ramai.
Ada masalah rumah tangga
Menurut Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Mohd Rosdi Daud, hasil siasatan secara lisan mendapati mangsa yang juga seorang guru menghadapi kemurungan.
Selain itu, dia juga dipercayai mengalami masalah rumah tangga.
"Mangsa cuba terjun disebabkan masalah rumah tangga dan kemurungan."
"Tiada sebarang kecederaan dialami wanita berkenaan dan mangsa dirujuk ke hospital,"
-Mohd Rosdi-
Berjalan dari Kota Bharu ke Tumpat
Mengulas lanjut, wanita terbabit juga didapati berjalan dari arah Kota Bharu menghala ke Tumpat sebelum bertindak terjun dari Jambatan Sultan Yahya Petra.
Tinggalkan Komen