Keluarga buat kenduri kesyukuran, tak sabar sambut kepulangan Azi

Selepas lebih dua minggu hilang, kakak kepada ejen kosmetik, Rosnazirah Mohd Naim atau mesra disapa Azi meluahkan rasa syukur apabila wanita itu  dikatakan telah dibawa pulang ke Malaysia.

 

Syukur adik selamat pulang

Ujarnya, mereka sekeluarga rancang ingin membuat kenduri kesyukuran dan solat hajat sebagai tanda syukur adiknya ditemukan selamat.

"Kami ada bertanyakan polis bila Azi akan dibawa pulang ke rumah tapi diberitahu akan dimaklumkan dari semasa ke semasa. 

"Sebaik dia pulang nanti, kami akan adakan kenduri kesyukuran, memberi jamuan kepada orang ramai kerana selain kami ahli keluarga, berita gembira ini juga hasil dari doa orang ramai.

"Kami sekeluarga memang tidak sabar untuk berjumpa Azi kerana ingin melihat keadaannya selain bertanyakan sendiri apa yang dilalui sepanjang lebih dua minggu diculik,"

-Kakak-

Tahu daripada kenyataan media

Walau bagaimanapun, wanita itu memberitahu bahawa mereka tidak dimaklumkan berita penemuan Azi secara rasmi, tetapi melalui kenyataan media oleh Ketua Polis Negara.

Menurutnya lagi, pihaknya belum lagi berpeluang menghubungi mangsa yang ketika ini berada di Kuala Lumpur namun jika dapat berbuat demikian, mereka akan segera membuat panggilan video kerana ingin melihat sendiri keadaan Azi.

"Kami kini hanya tahu dia sudah dibawa pulang ke Malaysia manakala maklumat lain tidak dimaklumkan termasuk di mana lokasinya dan keadaannya sekarang."

-Kakak-

Acryl Sani is new IGP from May 4 – The Mole

Sebelum ini, media melaporkan Azi telah diculik di rumahnya oleh sekumpulan lelaki dan dibawa ke negara jiran (Thailand).

Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani, berkata melalui kerjasama erat ini Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Polis Diraja Thailand serta perkongsian maklumat dan perisikan berjaya mengenalpasti lokasi keberadaan wanita itu di Thailand.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen