Disangka kena culik, lelaki dibawa lari rupanya sebab berhutang dengan majikan

Video lelaki menjerit minta tolong di tengah jalan rupanya disebabkan oleh masalah hutang dengan majikannya.

 

Berhutang dengan majikan punca 'diangkut"

Perkara itu disahkan oleh Ketua Polis Daerah Ampang iaitu Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak apabila pihaknya menerima panggilan kecemasan sekitar jam 5.30 petang, semalam.

“Siasatan mendapati mangsa merupakan lelaki tempatan berusia 38 tahun bekerja ahli perniagaan yang mana sebelum kejadian telah pergi makan seorang diri ke restoran berkenaan.

“Semasa di dalam restoran berkenaan, telah datang sekumpulan suspek dipercayai lelaki tempatan telah menarik dan memaksa mangsa masuk ke dalam Vellfire putih,”

-Farouk Eshak-

Dilepaskan di Klang

Menurut Farouk, mangsa menjerit meminta tolong dan cuba untuk melepaskan diri, namun tidak berjaya dan dilarikan menaiki Vellfire dari tempat kejadian yang dilaporkan berlaku di Jalan Pandan Indah1/23d.

Tambahnya, pada jam 10.45 malam, mangsa telah hadir ke Ibu Pejabat Polis (IPD) Ampang Jaya dan dipercayai mangsa telah dilepaskan di Klang selepas kejadian.

“Mangsa mengalami beberapa kecederaan luka di bahagian kaki dan muka akibat pergelutan dan telah mendapat rawatan di Hospital Ampang."

-Farouk Eshak-

Video pergelutan tular

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen