Enggan ulas banyak perkara, Ebit Irawan Ibrahim Lew atau dikenali sebagai Ebit Lew serahkan semua dakwaan yang membabitkan dirinya kepada mahkamah.
Serahkan semua pada mahkamah
Beliau menyifatkan mahkamah adalah tempat terbaik untuk mencari kebenaran berkaitan kes gangguan seksual mengaitkan dirinya.
"Alhamdulillah, syukur kepada Allah. Setahun saya menanti hari (perbicaraan) mahkamah ini.
"Pelbagai fitnah tidak berhenti yang tidak dapat disebutkan, saya tanggung sendiri sejak balik dari Palestin tempoh hari."
-Ebit Lew-
"Saya harap dapat tahu kebenaran"
Ebit Lew ketika ditemu bual akui sedih menghadapi perbicaraan itu dan berharap dapat mengakhirinya segera.
"Dengan ke mahkamah ini, saya berharap dapat tahu kebenaran yang sebenarnya.
"Mahkamah lah tempat yang paling tidak boleh cakap apa sahaja. Kena ada bukti dan sekiranya tiada bukti, apa sahaja perkara pasti akan ditolak,"
-Ebit Lew-
Tinggalkan Komen