Sejak semalam, video konsert yang dilakukan berhampiran masjid di Kedah menimbulkan kegusaran dalam kalangan masyarakat.
Penganjur konsert akan dipanggil
Mengambil maklum akan perkara itu, kerajaan negeri akan memanggil penganjur utama festival di Balai Seni berhubung video tular.
Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Seni dan Budaya, Mohd Firdaus Ahmad menganggap insiden tersebut telah mencemar nama baik kerajaan negeri itu.
“Kita akan buat siasatan termasuk di peringkat dalaman kerana penganjur bersama festival ini adalah Lembaga Muzium Negeri Kedah dan saya selaku pengerusi, kita kena tengok kenapa berlaku insiden ini,”
“Saya sudah berbincang perkara ini dengan Menteri Besar pada hari ini yang turut melahirkan rasa kesal. Pejabat saya akan hantar surat untuk panggil penganjur utama dan dengar penjelasan mereka.
-Firdaus Ahmad-
"Ini di luar jangkaan..."
Malah, kerajaan negeri tidak mendapat maklumat terperinci tentang pengisian festival berkenaan termasuk konsert itu.
“Kerajaan negeri dan pihak muzium tidak dimaklumkan akan berlangsung konsert seperti ini. Seperti kita tahu bila ada konsert muda-mudi dan nyanyi lagu muda-mudi di khalayak, akan ada menari-nari di bawah
“Kebenaran termasuk menyediakan tapak di Balai Seni itu adalah untuk festival usahawan muda-mudi sahaja. Apa yang berlaku di konsert itu adalah di luar jangkaan,”
-Firdaus Ahmad-
@sirap_layci AMANAH ?¿?¿?¿
♬ original sound - yass_.
Sah! Konsert dibuat tanpa kebenaran
Susulan insiden, Majlis Bandaraya Alor Setar juga 'bersuara' menegaskan bahawa pihaknya tidak pernah mengeluarkan sebarang lesen kepada penganjur sebuah festival untuk mengadakan konsert di Balai Seni.
“Memang konsert atau gig tersebut dibuat tanpa kebenaran. Saya dimaklumkan pihak penganjur hanya mendapat lesen untuk mengadakan busking sahaja iaitu dua lesen yang kita bagi.
“Selain busking kita hanya membenarkan jualan termasuk trak makanan dan permainan kanak-kanak sahaja. Kita tengok macam konsert dah dan memang tak ada kebenaran,”
-Datuk bandar-
Tinggalkan Komen