Anggap Indonesia macam 'sahabat', Malaysia sedia hulur bantuan

Melihat situasi semasa yang berlaku di Indonesia susulan insiden berdarah di Stadium Kanjuruhan, jumlah kematian terus meningkat sejak Sabtu lalu.

Lebih menyedihkan, hospital sedia ada di daerah itu juga tidak mampu lagi menampung mangsa yang maut dalam tragedi terbabit selagi mereka belum dituntut waris.

 

Malaysia sedia hulur bantuan

Ikut simpati dengan musibah menimpa, Malaysia dikatakan bersedia menghulurkan sebarang bentuk bantuan sekiranya diperlukan oleh Kerajaan Republik Indonesia.

Perkara itu dimaklumkan oleh Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu yang menyifatkan dua negara ini adalah 'sahabat' yang akan sentiasa ditemani ketika berdepan detik-detik sukar.

No conditions imposed on those who seek aid from my service centre, says  Ahmad Faizal | The Star

"Semoga insiden ini menjadi teladan dan iktibar buat semua pihak agar ia tidak lagi berulang bukan sahaja di Indonesia malah, termasuk Malaysia serta lain-lain negara seluruh dunia.

"Sukan seharusnya memupuk semangat kebersamaan dan perpaduan bukan sahaja dalam kalangan atlet malah, meliputi setiap daripada kita. Marilah kita semua senantiasa mendukung semangat kesukanan yang tinggi demi kemaslahatan bersama,”

-Faizal Azumu-

 

Salam takziah dari Malaysia

Selain itu, Faizal Azumu turut menzahirkan uzapan takziah kepada seluruh ahli keluarga mangsa yang terkorban dalam insiden tersebut serta mendoakan kesembuhan kepada mangsa cedera.

 

Detik tragis di Stadium Kanjuruhan

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen