Dah hon pun 'owner' tak muncul, staf kilang terpaksa alih kereta halang laluan trelar guna 'forklift'

Kawasan perindustrian sememangnya tempat paling sibuk kerana kenderaan berat seperti lori, kontena dan trelar keluar masuk daripada kilang sangat kerap

Angkut kereta guna 'forklift'

Dalam waktu sama, kawasan yang terhad itu juga menyukarkan pekerja di syarikat perindustrian berkenaan untuk meletakkan kenderaan mereka sehingga ada yang 'parkir' di bahu jalan sepertimana yang dilakukan individu ini.

 

@driverloriloader haaa ni makan dia, angkut pakai pakai forklift je. #fyp #fypviralシ #mohonbagikerjasama #truckers #truckersmalaysia🇲🇾 #jpj #pdrm #traffic ♬ Yang Penting Halal - Wali

 

Namun, tanpa sedar tindakan itu akan merisikokan kereta mereka apabila mungkin berlakunya perlanggaran atau pertembungan dengan kenderaan berat tadi.

Bagi mengelakkan insiden lebih teruk, seorang lelaki yang juga merupakan kakitangan di salah sebuah kilang di situ lantas mengalihkan kereta tersebut menggunakan 'forklift'.

Bunyi hon pun tak keluar

Dalam video berasingan, difahamkan kerja mengalihkan kereta terpaksa dibuat kerana bunyi hon yang bergema selama satu jam langsung tidak membantu mereka mengesan keberadaan pemiliknya.

 

@dmax_hitam Membalas kepada @Fitri Anemore dia letak kat tengah2 antara pokok dengan tiang lampu bang 🤣 #fyp #fypシ゚viral #parkingfail ♬ original sound - Buruh Ladang

 

"Letak jauh sikit"

Menjengah ke ruangan komen, ramai berseloroh meminta pemandu 'forklift' itu meletakkan kereta tersebut lebih jauh bagi menyukarkan pemiliknya mencari.

 

"Letak tepi highway..."

"Lepastu tukar no plat"

"Itu ubat dia..."

Menurut mereka, tidak semua individu 'jalan' dengan teguran kecuali jika mereka dikenakan tindakan (denda) atau sesuatu insiden berlaku depan mata.

"Terbaik, kasi ajar..."

 

 

 

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen