Pengurus kumpulan Hujan, Ahmad Ariffin menegaskan bahawa aksi vokalis kumpulannya, Noh Salleh meludah ketika berada di atas pentas bukan disengajakan.
:- https://t.co/JD9C5KMzUp pic.twitter.com/sm0ICJObx3
— manis (@myraibrahim_) October 2, 2022
Ludah sebab kebas mulut
Menurut Ariffin, Noh terkena renjatan elektrik daripada mikrofon yang ketika itu menyentuh wajahnya yang dibasahi peluh hingga mulut kebas.
Bukan itu sahaja, dia juga mendedahkan bahawa terdapat banyak lagi masalah teknikal yang berlaku ketika itu sehingga menjejaskan persembahan Noh di atas pentas.
"Noh sepatutnya tampil dengan gitar. Namun, disebabkan masalah teknikal, dia terpaksa menyanyi tanpa memetik gitar.
"Pada masa sama, mikrofon dipegang mengalami masalah. Ketika meletakkan mikrofon berhampiran mulutnya, Noh terkena sedikit renjatan elektrik.
"Ini terhasil kerana wajahnya dibasahi peluh dan air menyebabkan mulutnya kebas. Bagi mengalih rasa sakit, Noh secara spontan meludah di atas pentas.
-Pengurus-
"Kami minta maaf kalau kena..."
Dalam pada itu, Ariffin turut menafikan dakwaan penyanyinya meludah ke arah penonton, sebaliknya dia meludah di atas pentas.
"Jarak antara pentas dan penonton juga kerana dipisahkan besi penghadang, jadi tidak mungkin (ludah) terkena penonton.
"Jika Noh ludah ke atas, mungkin tempias air liur kena kepada penonton. Sebab itu, Noh tunduk.
"Namun, jika ada yang terkena tempias ludah Noh, kami mohon maaf kerana perkara itu tidak disengajakan,"
-Pengurus-
Tinggalkan Komen