Peguam bela hantar surat rayuan, tetap ingin Najib Razak hadir parlimen

Atas faktor keselamatan, Ketua Pengarah Penjara tidak membenarkan Najib Razak untuk hadir ke persidangan Dewan Rakyat walaupun mendapat persetujuan daripada Speaker Azhar Harun.

 

Penjara tak benarkan Najib hadir parlimen

Walau bagaimanapun, ketua peguam bela yang mewakili bekas Perdana Menteri itu, Mohammad Shafee Abdullah beranggapan alasan tersebut 'pelik' kerana bangunan parlimen paling selamat jika dibandingkan dengan kompleks mahkamah.

Malah, sebelum ini pihak penjara tidak membangkitkan isu keselamatan ketika Najib dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

"Kami telah memberitahu (pihak berkuasa) penjara bahawa pembantu politiknya (Najib) harus dibenarkan melawatnya supaya rakyat di kawasannya boleh diberi perkhidmatan, jika tidak pengundinya tidak boleh diberi perkhidmatan.

"Sesekali, dia sebagai ahli parlimen harus dibenarkan diiringi (oleh pihak pegawai penjara) ke kawasannya untuk mendengar rungutan rakyat di sana dan bercakap dengan pembantu politiknya sama ada terdapat sebarang masalah (di kawasan Pekan),"

-Shafee Abdullah-

Tunggu keputusan Hamzah Zainuddin pula

Sehubungan itu, beliau juga mendakwa telah menulis surat kepada Azhar bagi mengesahkan Najib masih ahli parlimen Pekan berikutan dua rayuan Najib yang sedang berjalan.

Dalam pada itu, pihaknya juga telah menghantar surat kepada Menteri Dalam Negeri iaitu Hamzah Zainuddin dan memberi masa sehingga jam 12 tengahari (hari ini) untuk menjawab rayuan supaya ahli parlimen itu dibenarkan hadir ke Parlimen.

Jika pihak Hamzah gagal berbuat demikian, Shafee berkata pasukan peguam Najib akan memfailkan tindakan undang-undang.

Tier 3: Govt determined to improve existing systems to curb human  trafficking, says Hamzah | The Edge Markets

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen