Pelakon terkenal, Zul Ariffin didenda RM30,000 selepas dia mengaku bersalah memuat naik babak panas menerusi laman sosialnya pada Mac lalu.
Zul Ariffin mengaku salah
Sehubungan itu, Hakim Noorhisham Mohd Jaafar turut memerintahkan Zul Ariffin menjalani hukuman penjara sembilan bulan sekiranya gagal membayar denda itu.
Memetik sumber, pelakon berusia 36 tahun itu mengaku secara sedar membuat dan memulakan penghantaran komunikasi video bersifat sumbang dengan niat untuk menyakiti hati orang lain.
Peguam minta ringankan hukuman
Peguamnya, Sivaram Prasad memohon mahkamah meringankan hukuman atas alasan anak guamnya telah memadam kandungan tersebut serta tidak mengulangi perbuatan itu selepas kejadian.
Manakala, Timbalan Pendakwa Raya SKMM iaitu Fazril Sani Mohamed Fadzil pula mencadangkan hukuman berbentuk pengajaran dikenakan terhadap Zul Ariffin.
"Suatu hukuman yang mencerminkan ketegasan kerajaan berhubung kandungan internet ini perlu diambil kira mahkamah dalam membuat keputusan agar menjadi pengajaran bukan sahaja terhadap tertuduh malah masyarakat di luar sana,"
-Fadzil-
Tinggalkan Komen