Dah semangat nak terjun, pelawak terkesima tak disambut penonton. -"Harap dia okeylah..."

Hasrat seorang lelaki yang juga merupakan pelawak untuk disambut oleh penonton tidak kesampaian apabila didapati tiada sesiapa menyambutnya sewaktu terjun daripada pentas.

Nyaris Tersingkir, Mad Sabah Akui Tidak Mudah Bersaing Dengan Peserta  Berkumpulan | Gempak

 

Tak disambut waktu terjun pentas?

Detik mencemaskan itu ada dikongsi oleh Reno Ren di laman Facebook yang mana sekaligus menjadi bahan tawa wargamaya.

 

Dalam sorotan itu, kelihatan pelawak berkenaan yang dikenali sebagai Mat Sabah memberi isyarat bahawa akan terjun dari pentas dan berharap agar ada yang sambut.

Namun begitu, rata-rata penonton yang berada berhampiran pentas seolah-olah mula membuat penjarakan dan akhirnya pelawak itu jatuh di tengah orang ramai.

"Hospital lah jawabnya..."

Susulan insiden, netizen menganggap tindakannya tak masuk akal kerana sanggup merisikokan diri sendiri untuk menarik perhatian penonton.

 

"Siapa suruh dia terjun?"

"Buat malu je..."

 

Walau bagaimanapun, tiada maklumat lanjut berhubung insiden termasuklah keadaan Mat Sabah selepas tragedi yang menimpanya sewaktu membuat aksi itu di Konsert Hausboom minggu lalu.

 

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen