Di saat kanak-kanak seusianya mampu bergerak aktif meneroka dunia baru, siapa sangka Muhammad Umar Fayyadh perlu berjuang dengan sakitnya sejak dia berusia 4 tahun.
Derita kanser sejak kecil
Dalam perkongsian '0azkiaaeera0' di Tiktok menampilkan kompilasi video anak sulungnya itu menjalani rutin hariannya sepanjang berada di hospital bagi menjalani rawatan terapi bagi penyakit CNS Embryonal Tumor (saraf) tahap 4 di usianya semuda itu.
@0azkiaaeera0 Kesayangan . Dunia dan akhirat.#cancerfighter #cancerbukantiketuntukmati #spreadlove #myeverything #tolongdoakanyangbaikbaik ♬ Cinta Sampai Mati - Raffa Affar
Asyik nangis ingatkan kena gangguan
Dalam pada itu, ibunya juga sentiasa berkongsi perkembangan semasa Fayyadh sehingga tidak semena-mena kisah kanak-kanak itu menjadi perhatian pengguna platform tersebut.
@0azkiaaeera0 Permulaan segala-galanya. sampai umie ingatkan abang kena gangguan makhlus halus. bawak berubat islam sana sini. Sudah lah di tempat orang,tiada saudara mara, tiada kawan2. rupanya Allah aturkan ianya adalah sakit yang diluar kotak pemikiran umie. Abang hampir lumpuh kaki dan tangan. tapi Allah Maha Baik Abang ok walaupun dah tak normal. Bulan depan MRI Scan.Umie sangat2 berdoa supaya sel2 kanser tidak aktif dan abang kekal stabil dan sihat sepenuhnya satu hari nanti,aamiin🤲 #savesiniasamemory ♬ original sound - 0azkiaaeera0
Berdasarkan maklumat yang diperoleh, kanser yang Fayyadh alami merupakan antara jenis penyakit yang unik.
Demikian selepas mendapati kebanyakkan hospital yang dikunjungi tidak dapat mengesan punca perubahan ke atas anaknya yang kerap menangis dan itu termasuklah menggunakan kaedah perawatan Islam.
Nangis takut susahkan ibu
Dalam video terbaharu Fayyadh telah mengundang rasa sayu dan sebak netizen apabila kanak-kanak itu muntah di atas katil.
@0azkiaaeera0 Speed recovery anakandaku Fayyadh❤ #fyp #braincancerstage4 #cancerfighter ♬ original sound - 0azkiaaeera0
Dalam keadaannya yang masih lemah, dia menangis sambil bertanyakan kepada ibunya andai wanita itu marah kerana kesilapan tersebut.
"Soalannya meruntun jiwa"
Tidak lama kemudian, dia memeluk erat ibunya membuatkan rata-rata netizen akui gagal menyembunyikan rasa sedih melihat nasib Fayyadh.
"Kesian dia..."
"Moga Allah angkat sakitmu"
Mereka turut mendoakan agar dia terus kuat melawan sakitnya dan kembali sembuh seperti sedia kala.
Tinggalkan Komen