Guna Touch n Go tapi masuk lorong Smart Tag, pemandu main brek, bengang kena hon

Tiada kepentingan lain bagi seorang pemandu menggunakan honnya jika bukan ingin menegur pemandu lain yang mungkin ada berbuat kesilapan di atas jalan raya.

Salah masuk lorong

Namun, tidak semua orang boleh menerima teguran tersebut, sebaliknya membuat protes konon paling tersakiti sepertimana yang dilakukan oleh lelaki ini.

 

 

Dalam sorotan itu, sebuah kereta Mercedes telah berhenti di lorong 'Smart Tag', namun bukan disebabkan tidak cukup baki tetapi kerana salah masuk lorong, walhal dia adalah pengguna kad 'Touch n Go'.

Bengang kena hon kereta lain

Pun begitu, apa yang membuatkan pemandu berkenaan berang apabila kereta dibelakangnya membunyikan hon kerana kejadian itu telah menyebabkan laluan pengguna lain terhalang.

Disebabkan itu, dia membalas semula dengan bermain brek selepas keluar dari tol selama beberapa minit sehingga menyebabkan mereka hampir terlibat dalam kemalangan.

"Orang Malaysia tak suka kena hon"

Meninjau ke ruangan komen, ramai mengecam tindakan pemandu Mercedes itu yang dianggap degil kerana dilihat seolah-olah tidak boleh menerima hakikat yang sememangnya dia bersalah.

 

"Kes buli ni"

"Malas nak beratur lah tu"

"Memang dia salah, tapi bukan lama pun"

Namun, sebahagiannya pula menyalahkan kereta di belakangnya kerana tidak sabar, walhal bukan lama pun menunggu masalah itu diselesaikan.

 

"Sikit-sikit nak hon"

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen