Tindakan seorang anggota beruniform Indonesia menjilat kek di dalam van mengundang padah apabila dia dikenakan tindakan oleh pegawainya.
Padah jilat kek majlis rasmi
Detik kejadian dapat dilihat menerusi hantaran 'anak senja7788' di laman Tiktok yang memaparkan gelagat lelaki tersebut tanpa bersalah menjilat kek yang dibawa oleh mereka untuk program rasmi unit tersebut.
@anaksenja7788 semangat polri ku
♬ Military - Florews
Walau bagaimanapun, difahamkan pelaku dan kawannya yang merakam aksi itu telahpun dikenakan tindakan susulan oleh pegawainya.
Mereka menjalani denda tersebut di dalam kem dengan disaksikan oleh pegawai serta anggota lain.
"Sebelum dapat sisa..."
Meninjau ke ruangan komen, ramai mentertawakan dua lelaki itu yang sememangnya boleh dianggap kurang cerdik, terutamanya apabila rakaman itu dimuat naik di media sosial.
"Rakam simpan sendiri"
"Cari penyakit"
Tinggalkan Komen