Bukan kepupusan habitat, gajah berkeliaran petanda bencana alam

Beberapa hari lalu, tular sebuah video menyaksikan sekawan gajah memunculkan dirinya di kawasan bukit di tepi lebuhraya.

Mungkin ada yang beranggapan situasi itu menakjubkan, namun tidak bagi masyarakat orang asli di Gua Musang, Kelantan.

 

@utusantvofficial Dah tak payah pergi zoo 😁. 📽️AimanTransport. #fyp #beritaditiktok #trendingnewsmalaysia ♬ Elephants and Birds in the Jungle - Sound Effects Factory

 

 

Bukan kepupusan habitat

Menurut seorang penduduk Orang Asli, Palinejon Assut, kejadian gajah di kawasan Simpang Kuala Betis-Lojing memberi petanda awal bencana alam akan berlaku.

Mengikut kepercayaan Orang Asli Zaman dulu, mereka menjadikan haiwan sebagai rujukan dalam menjalani kehidupan seharian.

“Selain habitat diganggu atau keluar mencari makanan, kami tidak menolak kemungkinan kumpulan gajah itu seolah-olah mahu memberi petunjuk bahawa akan berlaku musibah atau bencana alam selepas ini.

“Oleh itu, masyarakat Orang Asli menjadikan kejadian itu sebagai petanda untuk kami membuat persiapan untuk berdepan musim tengkujuh tidak lama lagi, ”

-Palinejon Assut-

Walau bagaimanapun, mungkin ada yang sinis dengan kenyataan itu terutamanya bagi mereka yang beragama Islam.

Namun, adalah menjadi satu peringatan kepada kita semua untuk sentiasa berhati-hati, malah jabatan meteorologi dan pengkaji cuaca juga telah mengeluarkan amaran berhubung bencana alam yang akan berlaku hujung tahun ini.

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen