Dua lelaki tergolek tepi jalan, dakwa ditendang pemilik 'motor besar'? -"Kenapa jahat sangat?"

Tindakan kasar pemilik motor berkuasa tinggi menendang motosikal kapcaidi lebuhraya mengundang pelbagai respon dari kalangan wargamaya, lebih-lebih lagi sehingga mengakibatkan pemilik pacuan dua roda itu terjatuh.

Tular video lelaki sepak motor kapcai

Sorotan itu dapat dilihat menerusi perkongsian @doqtahu di laman Twitter yang memaparkan detik sebelum berlakunya kemalangan kecil itu.

 

 

 

Di awal video tersebut, kelihatan penunggang motosikal besar itu mengangkat kakinya seperti hendak menyepak motosikal yang berjalan bersebelahan dengannya, namun tidak berjaya.



Keluarga cari pelaku

Beberapa meter selepas itu, dia sepertinya menolak cermin sisi motor kapcai tadi selepas cubaan pertama tadi gagal hingga menyebabkan penunggang motosikal itu dan pemboncengnya terjatuh.

Menurut sumber, kejadian itu berlaku di Jalan Kuantan-Pekan berdekatan Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah sekitar jam 6.30 petang.

 Image

"Mulut jahat lah tu"

Sungguhpun begitu, netizen beranggapan pasti berlakunya sedikit salah faham antara kedua-dua belah pihak itu sehingga pemilik motosikal besar berkenaan nekad berbuat demikian.

 

"Takkan saja nak sepak"

"Tak puas hati, berhenti tepi"

Dalam waktu sama, tak dinafikan tindakan berani tersebut sememangnya akan merisikokan diri sendiri jika berlaku kejadian tak diingini melibatkan pemilik motosikal kapcai itu.

"Tak gentle, dah tendang lari"

 

Pelaku berjaya diberkas

Walau bagaimanapun, sumber memaklumkan pelaku telahpun berjaya dikesan dan ditahan oleh pihak polis.

Image

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen