Disebabkan terlalu obses untuk mengubahsuai kereta, diingatkan supaya tidak melampaui batas sepertimana yang dilakukan oleh pemilik Myvi ini.
'Signal' warna biru susahkan kereta belakang
Dalam sorotan yang dikongsi oleh Nur Hanis di Facebook, kelihatan warna lampu 'signal' kereta Myvi di hadapannya ditukar kepada warna biru.
Hampir terlanggar sebab 'signal' samar
Walau bagaimanapun, tindakan pemilik kereta berbuat demikian dianggap menyusahkan kerana dia yang berada di belakang hampir bertembung dengan Myvi berkenaan kerana lampu 'signal' berwarna biru itu tidak kelihatan apabila di waktu siang.
"Hebat sangatlah tu?!"
Tidak bersendirian, netizen juga sependapat dengan wanita berkenaan kerana menurut mereka perubahan warna 'signal' itu sepertinya tidak menampakkan kereta itu hebat.
"Modofikasi orang tak cerdik"
Sudahlah melanggar piawaian Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), menyusahkan orang lain pula yang mana ada kemungkinan berisiko menyebabkan kemalangan.
"Menyusahkan orang"
Tinggalkan Komen