Cemburu boleh menjadi positif, boleh juga menjadi negatif melihat kepada situasi ketika itu. Cemburu untuk menunjukkan keprihatinan dan sayang terhadap pasangan tidak mengapa. Cemburu yang mambawa pergaduhan itu bahaya dan perlu dijauhi. Untuk mengenali pasangan anda sedang cemburu sayang terhadap anda. Ikuti penjelasan ini.
1. Lelaki.
• Jika ada seorang lelaki lain menegur anda di restoran misalnya, dan anda melihat pasangan anda berubah wajah, itu petanda mereka sedang cemburu. Lebih-lebih lagi banyak pula bunyi apabila situasi itu selesai. Don’t worry. Usah panjangkan masalah. Jika anda berada dalam situasi ini, perkenalkan pasangan anda kepada lelaki tersebut. Katakan, “Perkenalkan, ini suami tercinta saya.” Dengan demikian akan mengubat jiwanya yang luka. Dan ketika itu anda boleh tersenyum kerana ini bermakna kesayangan anda sedang cemburu sayang.
• Lelaki amat sensitif jika panggilannya tidak diendahkan. Kerana sifat mereka memimpin dan mahukan orang yang dipimpin mendengar tutur katanya. Jika anda tidak mengendahkan panggilan tersebut, dia merasa ada sesuatu terhadap anda. Jadi, jika dipanggil, sahut dan pergilah kepada mereka.
• Ketika anda memakai pakaian yang mencolok mata misalnya, pasangan akan menegur pakaian tersebut. Dia mahu anda berpakaian dengan sempurna di hadapan orang ramai. Ikutilah nasihatnya, kerana ketika itu dia menegur kerana sebab tertentu yang kita seorang wanita tidak tahu. Kalau wanita tahu pandangan seorang lelaki, pastinya dia akan menutup sempurna tubuh badannya.
2. Wanita.
• Seorang wanita sangat pantang jika nama seorang perempuan keluar dari mulut orang yang disayangi. Makin banyak soalan yang keluar nanti. Jika anda ingin ceritakan sesuatu kepada pasangan anda, usah menyebabkan dia marah. Cerita secara detail tetapi tetap menjaga tutur kata dan menjaga perasaanya.
• Anda mempunyai anak perempuan? anak perempuan rapat dengan anda? Huh. Kalau dapat jenis isteri yang cemburu, memang dia geram je tengok anak perempuan dia rapat dengan ayah. Bukan cemburu apa, cemburu sayang. Hehehe
• Wanita suka dirinya dihargai. Usahlah berlebihan bersama kawan-kawan setiap masa sehingga mengabaikkannya, sesekali letakkan jauh-jauh gajet anda di sisi. Bantu pasangan anda dalam hal rumah tangga, senyumkan si dia. Ingat tarikh-tarikh penting anda dan pasangan, raikan bersama. Kalau tak buat, anda tahu akibatnya kan? Buat mengikut kemampuan.
Ketika anda dan pasangan sedang berada dalam situasi ini, kawal emosi dan berlemah lembutlah dengan pasangan anda. Usah sesekali untuk test cemburu sayang ini. Bahaya. Hehehe
Tinggalkan Komen