Bukan seorang, tapi dua peniaga jalanan bertindak menyerang sebuah gerai gara-gara pemiliknya menjual makanan sama dengannya iaitu nasi lemak.
"Saya ada kuasa kat sini"
Video tular itu ada dimuat naik semula oleh pemilik akaun bernama 'Deen Tiktok' di laman Tiktok dan @emrhqm di laman Twitter yang menyaksikan provokasi dua orang peniaga itu menyatakan ketidakpuashatian mereka berhubung masalah tersebut.
“Besok aku taknak tgk nasi lemak kat sini!”
— Haqim (@emrhqm) October 11, 2022
Ni la definisi melayu dengki. Tak boleh tgk org lain berniaga benda sama. Kat TTDI ni, depan vads pic.twitter.com/hoNwXhsyZI
"Sekarang isunya awak jual benda yang sama, hormatlah peniaga yang lain."
-Peniaga lelaki-
"Esok saya tak nak tengok lagi awak meniaga kat sini...saya ada kuasa kat sini, saya tak nak tengok nasi lemak ni..."
-Peniaga wanita-
"Esok saya tak nak tengok!"
Suasana bertambah tegang apabila peniaga wanita itu enggan mengalah dan tetap ingin meneruskan hujahnya dengan merendah-rendahkan keluarga pemilik kedai itu pula.
"Kau bawa kroni (keluarga) tak guna lah datang sini..."
Dalam waktu sama, berulang kali dia menegaskan tidak mahu melihat gerai nasi lemak itu ada di kawasan tersebut yang dipercayai di Taman Tun Dr Ismail (TTDI).
"Benci betul orang dengki"
Meskipun video asal telah dipadam, namun kecaman bertubi-tubi dilemparkan kepada dua orang peniaga itu di media sosial.
Mereka menyifatkan tindakan kedua-dua individu berkenaan tidak masuk akal.
"Lain kedai lain rasa"
"Mengucap orang tengok perangai makcik"
"Tolong azankan dia"
Tinggalkan Komen