Hampir lumpuh dihempas dalam kelas, guru KAFA tak mengaku salah cederakan pelajar

Guru Kelas Agama dan Fardu Ain (KAFA) mengaku tak bersalah di Mahkamah Majistret atas pertuduhan menyebabkan cedera parah terhadap muridnya sehingga patah tulang kaki kanan.

Guru KAFA tak mengaku salah

Tertuduh, Ahmad Mursyidin Abdullah membuat pengakuan itu sebelum mohon dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Engku Nurul Ain Engku Muda.

Mengikut pertuduhan, guru terbabit yang berusia 37 tahun didakwa dengan sengaja menyebabkan cedera parah kepada mangsa yang berusia sembilan tahun dengan menyebabkannya patah tulang di bahagian kaki kanan.

Kesalahan itu dilakukan dengan cara mengangkat dan menghempas mangsa di sebuah kerusi kayu di dalam sebuah kelas pada jam 4.15 petang pada 6 Julai lalu.

Selepas pengakuan dibuat, mahkamah menetapkan 17 November depan sebagai tarikh sebutan semula kes dan membenarkan tertuduh diikat jamin RM4,000 dengan seorang penjamin.

 

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen