Melutut sembah tepi kereta, cara 'apek' jual tisu di lampu isyarat jadi perhatian

 

Apabila berhenti di lampu isyarat, banyak kita lihat individu berjalan ke setiap kereta meminta sedekah sambil membawa bersama mereka adalah barangan jualan misalnya seperti tisu.

 

Sembah sujud di tepi kereta

Begitulah yang dilakukan oleh lelaki ini, namun apa yang menjadi perhatian apabila melihat caranya melutut sambil membuat aksi seperti melakukan ritual penyembahan.

 

 

 

Sorotan itu dapat dilihat menerusi perkongsian James Kun Tek NG di laman Facebook yang mana sekaligus mengundang pelbagai persoalan kepada wargamaya.

Dalam video tersebut, dia dilihat melakukan perbuatan itu beberapa kali pada kereta Perodua jenis Axia sebelum kembali bangun berjalan menjual tisu yang turut dibawa bersama ketika itu.

 

 

"Awas yang menderma"

Pun begitu, ada sumber mendakwa lelaki berbangsa Cina itu gemar mengambil alkohol murah dan sudah menjadi tabiatnya meraih simpati orang ramai dengan cara sebegitu.

"Sebab tu ramai sindiket"

 

"Kaki tangan sempurna"

"Buat baik berpada-pada"

"Aku pernah nampak dia ni"

"Bagi lah setakat mampu"

Walau bagaimanapun, ada juga yang bertentangan pendapat bilamana mereka beranggapan tidak seharusnya amalan sedekah mempunyai jurang, terutamanya dengan membanding-bandingkan perkauman.

 

 

 

"Yang penting niat kita"

Menurut mereka, keikhlasan seseorang untuk bersedekah sudah cukup memadai tanpa mempersoalkan cara penerima menggunakan hasil kutipan itu nanti.

 

 "Tak kisahlah dia berlakon ke apa"

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen