Kecoh lelaki mengaku cicit Nabi, ini penjelasan Ustaz Azhar Idrus

Sejak minggu lalu, kecoh di media sosial akan kedatangan seorang individu dari Maghribi mengaku dirinya cicit kepada baginda Muhammad SAW.

 

Kecoh 'keturunan' Nabi datang Malaysia

Tak dinafikan, ramai tertanya-tanya akan kesahihan identiti lelaki tersebut yang juga digelar sebagai 'habib'.

Lebih mengejutkan, negeri Selangor turut membatalkan program Maulidul Rasul bersama individu itu atas sebab yang tidak diketahui.

  

@duam_media Maaf Selangor.🙏 Ujian lagi...Allahu... #MaulidAgungAlMustafa #cahayaalhasani #cahayakecintaan #cahayadiatascahaya #KotaMadinahIdrisiah #nuralmustafamalaysia #ahlulbayt #fypシ ♬ Sholawat Sedih - Instrumental - Asraf Studio

 

"Kita bersangka baik..."

Terpanggil untuk mengulas isu tersebut, penceramah bebas iaitu Ustaz Azhar Idrus (UAI) dalam hujahnya meminta orang ramai bersangka baik.

  

@muhammad.ikram997 #ustazazharidrus #fyp ♬ original sound - Muhammad Ikram

 

"Dia masuk Malaysia dengan cop halal, dia ada cakap apa-apa ke? Dia ada kutip duit korang?"

"Setakat dia mari majlis Maulid Nabi, cuma kita bersangka baik lah selagi tiada tanda dia memudaratkan orang lain."

-UAI-

Penyanyi luar rosakkan minda umat

Tambahnya, apa yang menjadi kebimbangan umat Islam ketika ini apabila banyaknya konsert dari barat dibawa masuk ke Malaysia.

 

 Ustaz Azhar dilarang beri ceramah? | Astro Awani

"Cuba kalau orang pertikai keturunan kita, apa perasaan kita?"

"Yang kita risau ni yang bawa masuk penyanyi yang merosakkan minda umat di negara kita, yang terang-terang munafik."

-UAI-

 

Serahkan pada pihak berkuasa

Akhir ucapannya, UAI berpendapat agar perkara tersebut diserahkan kepada pihak berkuasa untuk menentukan samada individu berkenaan benar dari keturunan Nabi Muhammad SAW atau sebaliknya.

"Kita serahkan kepada pihak berkuasa yang ada peraturan untuk memastikan adakah dia memang keturunan nabi atau sebaliknya."

"Kalau dia keturunan Nabi, alhamdulillah tapi kalau bukan tak ada masalah sikitpun."

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen