Timbalan Ketua UMNO Bahagian Pekan, Zamri Ramly mengesahkan nama Najib Razak antara lima calon dikemukakan bahagian itu untuk diserahkan kepada pucuk pimpinan Barisan Nasional (BN).
UMNO tetap calonkan Najib Razak
Beliau juga menolak jangkaan ramai pihak bahagian itu akan menamakan dua anak Najib iaitu Datuk Nizar Najib atau Noor Najwa bertanding di kerusi berkenaan.
"Tiada perancangan meletakkan anak Datuk Seri Najib untuk bertanding di Parlimen Pekan jika beliau tidak layak bertanding.
"Sebaliknya, sesiapa yang dipilih bertanding di situ nanti akan menyerahkan kembali kerusi Parlimen Pekan kepada Datuk Seri Najib selepas mendapat pengampunan,"
-Zamri Ramly-
Masih jalani hukuman
Untuk makluman, Najib yang juga penyandang kerusi itu kini sedang menjalani hukuman penjara 12 tahun selepas Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan hukuman ke atasnya berhubung kes SRC International Sdn Bhd.
Tinggalkan Komen