Jangan Terdesak Untuk Bercinta, Jika Ia Hanyalah Untuk Kepentingan Anda Sendiri.

Seperti yang kita tahu, perkahwinan itu adalah pilihan anda sendiri untuk memilih pasangan yang akan menyempurnakan hari-hari anda kelak. Jika anda hanya memerlukan seseorang atas kekurangan diri yang anda miliki, suatu hari apabila anda telah memenuhi kekurangan itu, anda mungkin akan meninggalkan si dia.

Tanya diri anda, anda memilih si dia kerana pilihan atau keperluan? Mengapa anda memerlukan dia untuk memenuhi hidup anda selepas perkahwinan? Adakah anda memilih si dia kerana ada sesuatu yang tidak lengkap dalam diri anda? Contoh, anda kekurangan duit atau harta. Jika anda memilih hanya kerana harta, dan terdesak memilih dia kerana ketika itu untuk membayar hutang, pastikah hidup anda selepas itu masih memerlukan si dia lagi?



Bagaimana pula jika ketika itu anda tidak terdesak? Dan bukan untuk kepentingan diri anda. Contoh, anda telah mempunyai harta, kerjaya yang stabil, ibu dan ayah yang sihat, adik-beradik lain yang sudah berkahwin. Jadi memilih si dia bukan lah kerana terpaksa, tetapi kerana pasangan itu bersesuaian dengan anda, mereka jadikan hari anda lebih sempurna dan ada sinaran, dan ternyata lebih bahagia.

Pilihan = Menambah sinar dalam hidup.

Keperluan = Untuk mengisi kekurangan.

Jika anda terdesak hanya untuk mengisi kekurangan atau kekosongan jiwa, hubungan anda dengan si dia akan berakhir dengan “Hmmm, boleh lah ni, asal aku bahagia”. Eh, adakah anda bahagia dengan mengungkap kata-kata begitu? Anda memerlukan mereka hanya untuk ‘Asal ada’.

“Ada, ada la… asalkan mak ayah aku happy”

Walaupun bukan kepentingan anda, tetapi anda hanya melihat ia menjadi kepentingan ibu bapa. Jika anda mementingkan kebahagiaan ibu bapa. Adakah ia akan menjadi adil kepada pasangan? Anda akan mula melayan mereka acuh tak acuh. Dan apabila pasangan tidak dapat melayan atau memenuhi syarat anda, anda akan mula rasa kecewa.

Selain daripada itu, jika pasangan hanya menambah stress, anda mula merasakan untuk menamatkan sahaja hubungan kerana ia hanyalah kepentingan anda sendiri atau orang lain. Tak adil okay! Jangan permainkan perasaan pasangan anda, pilihlah dengan bijak.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen