Guna mainan budak2 halau jin, kaedah perawatan Islam 'ustaz' jadi bahan tawa

Meskipun video perawatan Islamnya dicemuh dan dikritik, namun individu ini yang juga dikenali sebagai Ustaz Raffi masih tetap aktif memuat naik video sama, malah makin mendapat sambutan dari kalangan orang ramai.

 

Guna mainan budak2 rawat pesakit

Berdasarkan kompilasi video di akaun Tiktoknya, memaparkan sesi perubatan yang dikendalikan olehnya dengan menggunakan kaedah perawatan Islam.

Cuma yang membezakan kaedah Ustaz Raffi dengan ustaz yang lain apabila dia menggunakan mainan budak-budak semasa sesi merawat pesakit yang rata-ratanya datang untuk menghalau jin dan membuang saka.

 

@perubatanislamustazraffi ILMU الله sangat luas,jika kita tak tahu atau tak faham JANGAN KETAWA atau MENGHINA,berlajarlah supaya BERILMU,nanti akan tahu DENGAN IZIN الله dan KEHENDAKNYA apa pun alat yang digunakan إن شاء الله‎ akan dapat MENEWASKAN SAKA#fyp ♬ original sound - USTAZ RAFFI

 

"Yang tak suka jangan hina" 

Antara video yang dikongsi, menyaksikan Ustaz Raffi merawat individu menggunakan pistol mainan untuk menghalau makhluk ghaib (jin) yang didapati di dalam tubuh seorang wanita.

 

@perubatanislamustazraffi SYUKUR kepada الله YANG TELAH MEMUDAHKAN URUSAN ku dengan hanya menggunakan PISTOL MAINAN dapat merawat pesakit الحمد لله jika tak faham atau tak suka kaedah rawatan saya,JANGAN MENGHINA kerana ditakuti akan MENDATANGKAN KEMURKAAN الله se-eloknya berjumpa dengan saya untuk penjelasan lanjut…#fyp ♬ original sound - USTAZ RAFFI

 

Pun begitu, tiasa sebarang mantera atau bacaan yang tidak difahami digunakan oleh Ustaz Raffi.

Dia masih tetap menggunakan ayat suci Al-Quran semasa sesi merawat dari mula hingga selesai dan kebanyakkan yang bertemu dengannya berpuas hati kerana pesakit akan pulang dalam keadaan sembuh.

"Jin keluar sebab kena tembak"

Menjengah ke ruangan komen, ramai akui itu merupakan kaedah pelik yang mereka pernah lihat dan tak kurang juga yang meninggalkan emoji ketawa mengenangkan gelagat lelaki berkenaan.

"Malas nak cakap"

"Ramai je pergi"

Lebih menakjubkan, Ustaz Raffi tetap didatangi ramai pihak yang rata-ratanya ingin menggunakan servisnya merawat ahli keluarga ditimpa masalah gangguan walaupun caranya dilihat mungkin tak masuk akal.

"Ilmu Allah tu luas"

"Itu kelebihan dia"

 

 

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen