Nama Datuk Dr Nazri Khan (DDNK) bukanlah lagi asing dalam kalangan rakyat Malaysia, lebih-lebih lagi apabila perkahwinan kali keduanya sebelum ini menjadi bualan dan perhatian ramai.
Sah! Lesen DDNK digantung
Walau bagaimanapun, nama pakar saham itu kembali diperkatakan ramai selepas mendapati lesennya telah digantung oleh pihak Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.
Menurut sumber, lesen DDNK yang juga merupakan pengurus dana Inter-Pacific Asset Management Sdn Bhd (IPAM) digantung selama 6 bulan bermula 6 Oktober 2022.
Namun begitu, sumber mendapati perkara tersebut tidak menjejaskan pengurusan dana di mana para pelabur masih berpeluang mengeluarkan wang seperti biasa.
"Yakinlah pelaburan kami selamat"
Sementara itu, IPAM menambah bahawa pihaknya mempunyai rekod prestasi yang kukuh dalam dana unit amanah dan pengurusan portfolio sejak lebih 30 tahun lepas dengan dikawal peraturan dan kawal selia ketat yang ditentukan Suruhanjaya Sekuriti.
"Yakinlah bahawa pelaburan anda diuruskan dengan selamat dan dikendalikan secara profesional oleh pasukan profesional pelaburan kami yang berkelayakan tinggi di IPAM.
"Ini adalah komitmen dan keutamaan kami untuk menguruskan pelaburan anda dengan bijak dan mencapai matlamat idaman anda,"
Tinggalkan Komen