Apabila tibanya musim cuti persekolahan yang panjang, kampung merupakan destinasi paling menyeronokkan untuk dikunjungi.
Demikian mengenangkan detik dapat berkumpul bersama keluarga besar yang tidak semua orang berpeluang merasakan suasana sebegitu.
Puas pujuk makan bersama
Insan yang paling gembira pastinya ibu bapa kita apabila rumah kembali meriah dengan telatah cucu mereka.
Lebih menggamit suasana ketika mana dapat makan bersama sepertimana yang dirasai oleh wanita ini.
@geehan09 Mak...π₯Ίπ£π₯²π #kasihsayangibu #duniaakhirat #sweetmoments #syurgaku #fypage #berandatiktok #viraltiktok #jalanjalancarimakan #jdtfamily @hanifjhon888 @Anis Zaifariza β¬ MASIH MENCINTAINYA - πππ π€ ππͺπ¨πππ¨
Namun, apa yang menyentuh emosi bilamana ibunya menolak untuk makan bersama anak serta cucu menantu dengan mengatakan dirinya sudah kenyang.
Dia cuma duduk sambil melihat mereka menjamu lauk yang dihidang di atas tikar dengan senyuman penuh kebahagiaan.
Rupanya takut lauk tak cukup
Selepas mereka beransur meninggalkan ruang dapur, barulah ibunya makan kerana bimbang andai lauk yang dihidang tidak cukup.
"Sama dengan mak saya"
Hal itu sekaligus membuatkan wargamaya ikut tersentuh mengenangkan mak ayah di kampung.
Malah, rata-ratanya juga akui perkara sama juga dilakukan oleh mak mereka.
"Kita pula sedih"
"Mak sentiasa utamakan yang lain"
Tinggalkan Komen