Kisah Cikgu Fadli nyata memberi impak yang sangat hebat buat ramai pihak di luar sana bukan sahaja dari kalangan warga pendidik tetapi juga ibu bapa.
Ramai sokong Cikgu Fadli
Rata-ratanya bersetuju dengan kenyataan yang dibangkitkan oleh beliau sehingga mereka sepakat membuat satu petisyen bagi menuntut keadilan buat guru berkenaan yang didapati berkemungkinan turun pangkat atau dihenti tugas.
Lebih 20 ribu hantar petisyen tuntut keadilan
Hasil semakan mendapati petisyen tersebut telah diisi oleh lebih daripada 20 ribu pihak di luar sana sejak halaman itu dibuat pada Ahad lalu.
"Apa yang diperjuang demi anak bangsa"
Beserta dengan itu, mereka turut membanjiri ruangan komen dengan pelbagai respon berhubung isu yang terpalit terhadap Cikgu Fadli.
"Saya sokong cikgu"
Boleh dikatakan majoriti menyokong tindakan berani cikgu tersebut dan berharap agar keadilan dapat ditegakkan.
"Kita bersama cikgu!"
#JusticeForCikguFadli
Untuk makluman, Cikgu Fadli telah menerima surat tindakan tatatertib dari Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) hanya disebabkan hantarannya di Facebook dilihat seolah-olah mengkritik sistem pendidikan.
Namun begitu, konteks yang beliau ketengahkan sekadar masalah yang dihadapi oleh pelajar serta ibu bapa dan berharap agar ada penyelesaiannya, namun 'musibah' lain pula yang menimpa.
Walau bagaimanapun, diharapkan agar kes ini dapat diadili dan dipertimbang sewajarnya oleh pihak terlibat.
Tinggalkan Komen