Kisah perjuangan seorang wanita cekal bernama Siti Rohayu menjaga serta merawat suaminya yang lumpuh pernah menjadi bualan suatu ketika dahulu.
Mana tidaknya, bukan mudah bagi seorang isteri menggalas tugas sebagai ketua rumah sendirian termasuklah mencari nafkah untuk keluarga kecilnya di saat suaminya terlantar akibat kemalangan.
Beri bayangan akan berpisah
Walau bagaimanapun, Siti Rohayu atau mesra disapa Umi dalam satu hantarannya di Instagram memberi bayangan bahawa dia dan suami akan berpisah tidak lama lagi.
Berserta dengan hantaran itu, Umi menulis dalam kapsyennya memberitahu itu adalah hari terakhir dia menjalankan tanggungjawab sebagai seorang isteri.
"Segalanya salah diriku, muncul dalam hidupmu. Akan ku undur diri demi kebaikkan semua. Redha. Terima segalanya dengan berlapang dada."
"Keluarga nak jaga dia..."
Sementara itu, dalam hantaran terbaharu wanita itu di Facebook pula kelihatan dia menangis sejurusnya masuk ke dalam kereta.
"Abi yang lafaz, bukan umi yang minta fasakh..."
"Keluarga nak angat jaga dia, ambillah...umi dah tak ada kaitan dengan abi, selesai dah masalah umi."
"Ini pun last umi jumpa dia, lepasni tak jumpa dah...anggap ni pertemuan terakhir."
"Semoga kuat!"
Meninjau ke ruangan komen, ramai titip semangat buat Umi dan berharap agar dia kuat menjalani kehidupannya selepas ini bersama anak-anak.
"Sabar banyak2 ya..."
"Dia wanita hebat"
"Memang wujud mentua campur tangan"
Malah, mereka juga tahu betapa gigihnya wanita itu menjaga suaminya daripada lumpuh sehingga mampu berjalan kembali dan amat terkilan andai begitu kesudahan kisah pasangan berkenaan.
"Sanggup hancurkan keluarga"
Tinggalkan Komen