Berita kemalangan yang berlaku di Kilometer 45.7 Lebuhraya Utara-Selatan melibatkan lima kenderaan pada Sabtu lalu benar-benar meruntun hati.
Lebih menyedihkan apabila tularnya video seorang lelaki meraung tidak jauh dari tempat kejadian kerana tidak sempat menyelamatkan isteri dan anaknya yang rentung di dalam kereta.
Disyaki jadi punca kemalangan
Memetik laporan Kosmo, pemandu lori berusia 37 tahun yang juga terlibat dalam kejadian itu ditahan reman selepas disyaki menjadi punca kemalangan.
Perkara itu disahkan oleh Ketua Polis Daerah Kulai iaitu Superintendan Tok Beng Yeow.
Pemandu lori ditahan
Menurutnya, polis turut memanggil kesemua individu terlibat untuk memberikan keterangan berhubung kemalangan membabitkan dua lori dan tiga kereta itu.
“Pemandu lori telah ditahan semalam. Dalam masa sama, kita turut memanggil empat individu yang terlibat bagi memberikan keterangan.
“Kita sudah mendapatkan permohonan reman selama empat hari bermula hari ini. Ini membolehkan siasatan lanjut dijalankan."
-Tok Beng Yeow-
Tinggalkan Komen