Ada 'suara' tak setuju bubar Parlimen, Ismail Sabri balas, -"Saya boleh pecat mereka..."

Dalam ramai yang menggesa, rupanya ada juga yang tidak bersetuju dengan tindakan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob membubar Parlimen pada 10 Oktober lalu.

 

Ada tak setuju bubar Parlimen?

Beliau berkata, keputusan pembubaran Parlimen dibuat berikutan 12 menteri Perikatan Nasional (PN) menunjukkan sikap tak wajar dengan mengutuskan warkah kepada Yang di-Pertuan Agong untuk membuat bantahan.

"Saya ada bawa ke dalam mesyuarat Kabinet, supaya Kabinet tahu niat saya untuk membubarkan Parlimen. Memanglah ada berbagai pandangan tetapi akhirnya untuk membantah."

-Ismail Sabri-

"Patut saya pecat..."

Berikutan perkara itu, Ismail Sabri dalam kenyataannya memaklumkan andai ada yang tidak bersetuju, mereka boleh sahaja dipecat.

“Saya beritahu dia orang, kalau you all (awak semua) tak setuju saya bubarkan sahaja Kabinet ni, dengan pecat semua orang, pun saya boleh buat. Silap, patut saya pecat semua sekali.
 
“Akan tetapi saya tidaklah seperti itu. Saya orangnya baik, lemah lembut, tetapi bukan lembut,”
 
-Ismail Sabri-
 
Ismail Sabri reminds BN to unite, work hard as GE15 likely to be called  'anytime, from now'
 
 
Beliau yang juga merupakan Naib Presiden UMNO berpendapat bahawa keputusan membubarkan Parlimen tidak sepatutnya dipersoalkan kerana ia dijalankan mengikut proses yang ditetapkan oleh Perlembagaan.
 
Malah, hasrat itu juga telah dimaklumkan secara isyarat dalam mesyuarat Kabinet terakhir iaitu sebelum pembentangan Bajet 2023.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen