Berhenti tepi nak tolong budak terjatuh, lelaki cedera parah dipukul warga asing berjemaah

Niatnya ingin membantu seorang budak perempuan yang terjatuh disalah tafsir oleh orang awam apabila dia sebaliknya dipukul secara beramai-ramai pula.

 

Tak sengaja terlanggar kanak-kanak

Menurut Ketua Polis Daerah Sentul, mangsa yang juga merupakan lelaki warga tempatan itu telah dipukul oleh dua orang lelaki warga asing di jalan berhadapan Tol keluar Pasar Borong Kuala Lumpur.

 

 

Mengulas lanjut, mangsa mengaku bahawa dia terlanggar seorang kanak-kanak yang sedang berjalan bersama ibunya.

Kanak-kanak tersebut dipercayai hanya terkena di bahagian cermin sisi sebelah kanan kereta mangsa.

Terkejut dipukul bertubi-tubi

Adapun begitu, selepas memberhentikan kereta untuk melihat keadaan kanak-kanak itu, datang dua orang lelaki asing tadi memukul serta menendangnya secara bertubi-tubi.

Malah, kunci kereta mangsa juga dirampas oleh mereka dalam kejadian yang berlaku pada Ahad sekitar jam 7 petang.

Polis cari dua suspek pukul orang awam

Susulan insiden, mangsa mengalami kecederaan di mata serta patah tulang hidung dan difahamkan kini sedang menjalani rawatan di Hospital Selayang.

Kes disiasat di bawah Seksyen 325 Kanun Keseksaan kerana kesalahan menyebabkan cedera parah yang memperuntukkan hukuman penjara hingga 7 tahun dan denda.

Mungkin imej teks

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen